Sunday, February 28, 2016

Semester 2

Kelas pertama kami bagi semester 2 bermula 26hb, hari Jumaat dengan kelas Kaedah Eksperimental pada pukul 3:00 hingga 5:00 petang bersama-sama Dr Azman bin Shahadan. Pukul 8:00 hingga 11:00 malam, kelas Analisis Data dan Pentafsiran dengan Dr Mohamed YM Mai. Dr Mohamed dari Gaza, Palestine. Both of them are very good in statistic. Kedua-dua kursus ini memerlukan kami membawa laptop yang siap di'install' dengan SPSS. Puas mencari SPSS yang full version and free download. Ingatkan yang version 16 bolehlah dapat tapi tak dapat juga. 

Hari Sabtu, 27hb pula kelas Prof Noorshah Md Saad (kelas Integrating ICT In Mathematics Classroom) dan kelas Dr Nor Hasnida br Che Md Ghazali (kelas Mathematical Ideas in Primary School). Kedua-dua pensyarah yang tidak asing lagi bagi kami. Penyarah tetap kami untuk kursus-kursus Matematik. 

Orang pertama sampai untuk kelas pertama, Kaedah Eksperimental. Di Blok 1, Aras 1, Bilik 8, Kampus Proton City.

Analisis artikel jurnal secara ringkas dalam kelas Mathematical Ideas in Primary School)

Senarai useful website untuk kelas Integrating ICT in Mathematics Classroom

Semester ini banyak kena bermain dengan Statistik, SPSS dan perisian-perisian ICT seperti Prezi, blendspace dan Padlet. Mari kita meneroka semua ini mulai sekarang.





No comments:

Post a Comment