Wednesday, December 23, 2015

Monday, December 21, 2015

Pembelajaran Abad Ke 21 oleh SIPartner

Pembelajaran abad ke 21 dalam konteks pendidikan Malaysia masa kini.

Slaid Maklumat Pembelajaran Abad Ke 21

Study for Rethinking Mathematics Curriculum

Hari ini, 22 Disember, kami akan pulun study untuk paper Rethinking Mathematics Curriculum. Hebatkan bunyi nama paper ni sebab dalam bahasa Inggeris. Kalau nak tahu semua kursus Matematik dalam Master di UPSI ni adalah dalam Bahasa Inggeris. Bahan-bahan yang digunakan juga bersifat sedemikian kerana kami perlu mendapatkannya daripada sumber-sumber luar negara. Apa yang bestnya belajar kursus-kursus dalam Matematik Sekolah Rendah ini, kami tidak perlu bersusah payah sangat untuk mencari buku-buku di perpustakaan. Bukanlah bermaksud kami langsung tidak menggunakan buku tetapi kami banyak menggunakan bahan-bahan pendidikan Matematik yang bersifat kontemporari yang boleh diakses di atas talian terus daripada web-web pendidikan negara lain seperti UK, Korea, Singapore, Australia dan sebagainya. Kami juga banyak menggunakan artikel dan jurnal. Di sinilah kita akan lihat betapa pentingnya penguasaan bahasa Inggeris dalam mempelajari Matematik.

Ahli-ahli geng... bahan-bahan ada pada tabs kursus ini ye...

Selamat pulun study dan semoga berjaya mencapai sasaran 4.00. In syaa Allah. Aamiin yaa Allah.

Selesai Paper UKP6013

Semalam, 21 Disember, selamatlah sudah kami menjawab paper UKP6013. Perkongsian maklumat dan pengagihan tugas buat nota banding beza antara ahli-ahli geng kami memang banyak membantu kami menjawab paper ini dengan sebaik yang kami mampu.

Bahagian A mengandungi 4 soalan. Soalan 1 tentang definisi dan contoh pembolehubah tak bersandar, pembolehubah bersandar dan hipotesis nol, hipotesis alternatif dan hipotesis nol tidak terarah. 

Soalan 2 tentang etika dalam penyelidikan. Ada 5 terms yang perlu dihuraikan antaranya hak cipta (tak berapa ingat 4 terms lagi). 

Soalan 3 kami perlu banding beza penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif berdasar aspek-aspek yang diminta antaranya matlamat, reka bentuk, analisis data dan peranan penyelidik. 

Soalan 4 memang tidak dapat disangkalkan lagi oleh ahli-ahli geng kami sebagai soalan yang paling senang. Memang lecturer bagi soalan ini untuk bantu student rasanya. Ia tentang pensampelan. Cuma perlu nyatakan dua jenis pensampelan yang ada dan senaraikan 4 teknik pensampelan bagi setiap jenis pensampelan tadi.

Bahagian B pula disediakan oleh lecturer masing-masing. Dr Maria berikan kami satu abstrak kajian dan daripada abstrak tersebut kami perlu jawab soalan-soalan struktur pendek. Anak soalannya sampai P... mak aihhh...tetapi soalan Dr Maria sediakan ini jauh lebih mudah jika dibandingkan dengan group lain yang perlu membuat pelbagai pengiraan statistik. Terima kasih sangat-sangat pada Dr. Soalan ini sebenarnya sangat praktikal kerana kami mengaplikasikannya dalam penyediaaan proposal penyelidikan kami.

Semoga ada rezeki kami untuk dapat A paper UKP6013 ini, In syaa Allah.

Saturday, December 19, 2015

Jamuan Kelas Terakhir

Malam ini merupakan kelas UKP/GRU terakhir kami bersama-sama Prof Madya Dr Maria Salih. Potluck... Geng kami share duit beli sate. Sate terbaik di Tanjong Malim kata Dr Maria. Meriahkan belajar master. Belajar degree di UPSI dulu tak ada pun happening macam ni. Adik-adik yang belajar degree di IPG mesti biasa dengan moment macam ni.

Dr Maria bertudung pink lembut, berdiri di tengah-tengah. Zaimee, ustaz maths kita yang bersongkok ni mengetuai bacaan doa. Doa untuk kejayaan kami semua dalam exam semester ini.. dan doa makan juga.

Apa yang dibuat, budak nakal 2 orang ni..hehehe...

Dr Maria memotong kek. Meriahkan juadahnya? 

Kakak-kakak sedang menghidangkan juadah.

Semoga saat-saat manis sebegini akan berulang lagi pada masa akan datang. In syaa Allah.


Pameran Kit Pengajaran

Pameran Kit Pengajaran untuk Kursus Problem Solving in Primary Mathematics. Setiap kumpulan mempamerkan kit masing-masing. Selain daripada Prof Madya Dr Nor'ain Mohd Tajudin sendiri yang menilai, pelajar-pelajar juga diberi peluang untuk menilai beberapa kumpulan pelajar lain.

Paih sedang menguji kit yang dihasilkan oleh kumpulan Prabankaran. 

Haaa... itula kitnya.. letakkan mata pada mata burung hantu itu untuk menjalankan aktivitinya. Ia berkenaan tajuk bentuk 3D.

Melawat kumpulan Asiah pula. Paih, Zaimee dan Norma...

Ini pula kumpulan kumpulan saya. Penyelesaian masalah bahagi Tahun 2 menggunakan Model Polya dan Heuristik Melukis Gambar Rajah.

Semoga geng kami semuanya mendapat markah yang tinggi daripada Prof. In syaa Allah. Aamiin yaa Allah.




Siapa Kami?

Kami satu geng pelajar master UPSI yang berkawan baik, berkongsi aspirasi dan wawasan yang sama iaitu untuk mengejar 4.00 bagi setiap semester. In syaa Allah. Cita-cita biar tinggi menggunung. Mudah-mudahan Allah perkenankan dan kami semua dianugerahkanNya GOT dengan flying color results. Aamiin yaa Allah. Pengajian peringkat sarjana ni sangat tough. Banyak tugasan yang perlu disempurnakan dan kelas perlu dihadiri setiap minggu, hari Jumaat dan Sabtu. Hari ini (19.12.2015) kami masih perlu ke kelas walaupun minggu depan, 21.12.2015 dan 23.12.2015, kami akan menduduki peperiksaan untuk semester 1. Untungnya, kami boleh bekerjasama macam wonder pets. Sekaligus, kami dapat mengurangkan bebanan pengajian kami.

Pengajian kami menjadi tough berbanding pelajar master lain kerana kami mengambil Program Pendidikan Matematik Sekolah Rendah di mana nilai jam kredit bagi setiap kursus yang kami ambil hanya 3. Kami perlu mengambil 4 kursus dalam 1 semester berbanding pelajar-pelajar program lain yang hanya perlu mengambil 3 kursus sahaja. Tetapi, kami redah  juga perjuangan ini demi minat kami terhadap pendidikan Matematik.

Doakan kami berjaya sepanjang pengajian kami, ye...