Wednesday, February 3, 2016

Pendaftaran Semester 2

Pendaftaran untuk semester baru (semester 2 bagi kami) telah dibuka mulai hari ini, 3 Februari 2016. Sebelum dibenarkan mendaftar, pelajar perlu bayar yuran terlebih dahulu. Tapi...kalau dapat biasiswa macam MyBrain15 misalnya, boleh terus mendaftar sebaik sahaja masuk detik 00:01 pagi 3 Februari. Betapa tepatnya masa yang ditetapkan...

Kami hanya dapat mengambil 3 kursus sahaja semester ini kerana tidak banyak kursus ditawarkan. Geng kami yang lelaki hendak mengambil Kajian Tinjauan tetapi masa interaksinya bertindan pula dengan Analisis Data. Geng kami yang perempuan pula hendak mengambil Kajian Eksperimental tetapi tidak ditawarkan.

Bagi kursus Matematik, kami akan bertemu dua pensyarah yang sama seperti semester 1 iaitu Prof Noor Shah dan Dr Hasnida. Kami berharap dapat mengekalkan kecemerlangan bagi semester ini dan semester-semester depan juga. In syaa Allah.

Kami mendaftar kursus di portal mysis macam dalam gambar di bawah ni...



No comments:

Post a Comment