Sunday, February 28, 2016

Blendspace untuk Integrating ICT In Mathematics Classroom

Percubaan menggunakan Blendspace.

Prezi Percubaan

Petang ini, saya meneroka Prezi dan cuba menggunakannya dengan bahan-bahan yang sedia ada.
Boleh lihat Prezi yang saya 'create' petang tadi pada link di bawah.

Prezi Percubaan Saya

Semester 2

Kelas pertama kami bagi semester 2 bermula 26hb, hari Jumaat dengan kelas Kaedah Eksperimental pada pukul 3:00 hingga 5:00 petang bersama-sama Dr Azman bin Shahadan. Pukul 8:00 hingga 11:00 malam, kelas Analisis Data dan Pentafsiran dengan Dr Mohamed YM Mai. Dr Mohamed dari Gaza, Palestine. Both of them are very good in statistic. Kedua-dua kursus ini memerlukan kami membawa laptop yang siap di'install' dengan SPSS. Puas mencari SPSS yang full version and free download. Ingatkan yang version 16 bolehlah dapat tapi tak dapat juga. 

Hari Sabtu, 27hb pula kelas Prof Noorshah Md Saad (kelas Integrating ICT In Mathematics Classroom) dan kelas Dr Nor Hasnida br Che Md Ghazali (kelas Mathematical Ideas in Primary School). Kedua-dua pensyarah yang tidak asing lagi bagi kami. Penyarah tetap kami untuk kursus-kursus Matematik. 

Orang pertama sampai untuk kelas pertama, Kaedah Eksperimental. Di Blok 1, Aras 1, Bilik 8, Kampus Proton City.

Analisis artikel jurnal secara ringkas dalam kelas Mathematical Ideas in Primary School)

Senarai useful website untuk kelas Integrating ICT in Mathematics Classroom

Semester ini banyak kena bermain dengan Statistik, SPSS dan perisian-perisian ICT seperti Prezi, blendspace dan Padlet. Mari kita meneroka semua ini mulai sekarang.





Wednesday, February 3, 2016

Pendaftaran Semester 2

Pendaftaran untuk semester baru (semester 2 bagi kami) telah dibuka mulai hari ini, 3 Februari 2016. Sebelum dibenarkan mendaftar, pelajar perlu bayar yuran terlebih dahulu. Tapi...kalau dapat biasiswa macam MyBrain15 misalnya, boleh terus mendaftar sebaik sahaja masuk detik 00:01 pagi 3 Februari. Betapa tepatnya masa yang ditetapkan...

Kami hanya dapat mengambil 3 kursus sahaja semester ini kerana tidak banyak kursus ditawarkan. Geng kami yang lelaki hendak mengambil Kajian Tinjauan tetapi masa interaksinya bertindan pula dengan Analisis Data. Geng kami yang perempuan pula hendak mengambil Kajian Eksperimental tetapi tidak ditawarkan.

Bagi kursus Matematik, kami akan bertemu dua pensyarah yang sama seperti semester 1 iaitu Prof Noor Shah dan Dr Hasnida. Kami berharap dapat mengekalkan kecemerlangan bagi semester ini dan semester-semester depan juga. In syaa Allah.

Kami mendaftar kursus di portal mysis macam dalam gambar di bawah ni...



Result Exam Semester 1

Dah lama pula tidak update blog ni. Maklumlah bercuti semester, tiada apa yang hendak dikongsikan. Tambah pula ada beberapa blog lain yang menggunakan akaun berlainan perlu dikemaskini kerana berkaitan P&P, Persatuan Bahasa Melayu dan Unit Uniform.

Result exam kami telah dikeluarkan secara rasmi pada 29 Januari 2016. Mula-mula nak tengok, memang rasa berdebar-debar. Risau juga kalau-kalau sesuatu yang di luar jangkaan berlaku. Pensyarah kita kadang-kadang sukar hendak diduga. Tapi... bila tengok...result ahli geng kami gempak-gempak macam nama blog kami ni juga. Hehehe. Ada yang dapat 4A, ada yang dapat 3A dan 1A-... Kami semua mengucapkan syukur ke hadrat Illahi atas kejayaan cemerlang ini. Alhamdulillah.

Ini adalah slip result exam master UPSI ye...